Assalamualaikum n salam sejahtera..Alhamdulillah,welcome to my new blog (2nd blog..)khas utk herba wanita / pria, supplement, produk kecantikan dan kesihatan.
My Blog List
SALAM TO ALL
PLS BE INFORMED, UTK HARGA PAT RESELLER KB AND TUTONG.. HARGA BAGI ITEMS @ SEHATANGGUN FAIZEEN AKAN DITAMBAH $2 (UTK MENANGGUNG KOS PENGAMBILAN STOCK DI TEMPAT DEALER)
IMPORTANT INFO IMPORTANT INFO
Salam to all ... starting 11 Jan 2010, emails, sms and calls will be entertained and replied after 5pm. Bagi semua pengunjung blog ini, pls baca details bg setiap items yg di upload. Thanks atas sokongan biskita semua & kerjasama dari semua pihak amatlah dhargai.
biodatas available..
Tuesday, October 28, 2008
AURA SERI dan AURA GENIUS
Harga $35
Ramai orang keliru dan sering menganggap AuraGenius adalah khusus untuk kanak-kanak. Sebenarnya formula AuraGenius adalah untuk kegunaan semua golongan iaitu kanak-kana dan juga orang dewasa. Ianya adalah untuk mencerdaskan minda dan membentuk perkembangan diri yang positif. AuraGenius mempunyai frekuensi tenaga yang sesuai untuk otak dan ianya akan melambatkan proses penuaan. Sekiranya anda mengambil AuraGenius setiap hari, maka ia akan menstabilkan otak anda kepada tahap yang tinggi.
Selain dari meningkatkan daya kreativiti ia juga dapat membina daya ketahanan diri yang kental. AuraGenius mempunyai warna-warna yang kelat seprti lotus atau teratai. Konsep penggunaan AuraGenius adaah sama dengan AuraSeri. Adunan minyak pati bunga-bungaan terpilih yang dipertenagakan dengan 'Lotus Energy' ini khusus bagi merangsang 'Crown Chakra' dibahagian otak mampu membuka minda anak anda semekar teratai lagi harum, memperbaiki daya ingatan, menajamkan daya tumpuan, meningkatkan tahap keyakinan diri dan membina jati diri. AuraGenius yang dipertenagakan lagi dengan butiran tenaga kristal di dalam setiap botol mampu mengerakkan atom di bahagian otak supaya daya kuasa minda anak anda terangsang lalu mencetuskan ilham. Menggunakan otak kiri dan kanan, pengaliran tenaga minda yang lancar serta membuka aliran tenaga cakera yang tersumbat di bahagian crown chakra (kepala) yang menyebabkan anak-anak lemah, tidak bersemangat, lembab, malas berfikir, negatif, degil, tidak berdaya saing serta tidak berkeyakinan.
Aura Genius adalah satu-satunya formula istimewa yang mampu membangunkan SQ (Spiritual Intelligence) iaitu kecerdasan kerohanian anak anda yang tinggi disamping membina personaliti unggul.
KEBAIKAN AURA GENIUS
Mengembalikan semangat ingin belajar
Membuka minda dan menjernihkan fikiran
Membuka ilham dan kreativiti
Menguatkan daya ingatan
Mencerdaskan daya pemikiran sihat
Keupayaan berfikir yang tinggi
Menguatkan daya tumpuan
Mempunyai minda yang positif yang cemerlang
Meningkatkan kuasa imaginasi dan visualisasi
Mempunyai daya saing dan jati diri yang tinggi
Mempunyai tahap keyakinan dan kepercayaan yang tinggi
Meningkatkan kecerdasan kerohanian
Membina personaliti yang cemerlang dan unggul
CARA PENGGUNAAN AURA GENIUS
Setiap cara penggunaan Aura genius adalah sama dengan Aura Seri. Cuma Aura genius tidak perlu digunakan untuk rendaman. Aura genius juga bolah disapu pada wajah. Masih sama dengan penggunaan Aura seri.
Cumanya Aura genius bagi kegunaan kanak - kanak yang mempunyai masalah lemah semangat, ia perlulah dipakai dengan cara menggosokkan kepala yang telah dibasahkan sedikit dan melakukan urutan dari bawah lehernya ( bahagian belakang ) urut naik ke atas kepala (ubunnya) berturut - turut sebanyak 3 kali beserta dengan keyakinan dan niat yang positif.
Manakala anak - anak yang terlalu aktif pula harus melakukan cara yang sama cuma, urutan tersebut dilakukan dari atas ubunya sapu kebawah hingga ke tengkoknya. Dilakukan sebanyak 3 kali berturut - turut beserta keyakinan dan niat yang positif.
* Penggunaan yang berterusan amatlah digalakkan.
Harga: $30
Aura Seri telah dianugerahkan pengiktrafan antarabangsa oleh International Institute of Health Science sebagai satu produk yang sangat berkesan dan diperakui oleh pengamal-pengamal kesihatan. Aura Seri adalah produk yang boleh digunakan dalam pelbagai keadaan termasuk dalam keadaan kecemasan. Kita sebagai masyarakat Melayu mempercayai bahawa mandi bunga adalah amalan untuk mendatangkan seri wajah dan membuang malang. Berkurun-kurun dahulu masyarakat kita telah mengamalkan budaya mandi bunga. Sebagai alternatifnya, Aura Seri adalah penganti kepada amalan ini dan ianya sesuai digunakan pada masa kini.
Aura Seri dapat memberikan kekuatan diri daripada unsur-unsur halus dan negatif. Tidak dinafikan bahawa masyarakat kita percaya kepada sihir, dengan penggunaan Aura Seri ianya dapat menguatkan diri pemakai dari unsur-unsur seperti ini. Aura Seri juga dapat digunakan untuk merawat luka-luka kecil yang berlaku dan dapat menghentikan pendarahan kecil dan dapat mengelakkan parut.
Cara penggunaan Aura Seri pula adalah mudah dan ianya boleh digunakan dengan pelbagai cara. Anda boleh menggunakan ketika sedang mandi dengan menitiskan ia ke dalam air mandian. Sekiranya anda bekerja, ianya boleh dibawa dan anda boleh menyapukan Aura Seri ini kepada wajah anda. Ia secara tidak langsung akan merembeskan aroma kepada anda dan menjadikan hari-hari anda di tempat kerja akan bertambah baik. Titikkan 3-7 titis untuk alami mandian kerohanian yang menakjubkan adalah menyamai kekuatan mandi bunga yang mampu membersihkan aura anda yang kotor, busuk, bocor, panas, kusam serta tidak bermaya yang menyebabkan wajah anda suram, pucat, tiada seri, kurang keyakinan diri, malang asyik menimpa diri, murung, stress, serta kurang diminati.
CARA PENGGUNAAN AURA SERI
Aura Seri boleh digunakan dengan pelbagai cara. Ia boleh diamalkan dengan mandian rendaman. Caranya ialah titiskan Aura Seri ke dalam tab mandian sebanyak 7 titik dan anda boleh berendam selama 20 minit di dalamnya. Kemudian air mandian tadi haruslah dibuang kerana ianya tidak boleh digunakan untuk orang lain.
Seterusnya Aura Seri boleh digunakan sebagai bilasan terakhir. Caranya ialah mandi dahulu seperti biasa. Selepas selesai, titikkan aura seri ke dalam baldi berisi air sebanyak 3-5 titik. Biarkan selama 2-3 minit dan anda boleh menggunakan air itu sebagai bilasan terakhir anda. Sekiranya anda mempunyai kolah mandi, titikkan sahaja Aura Seri ke dalam kolah mandian sebanyak 3,5 atau 7 titik. Anda boleh mandi seoerti biasa menggunakan air tersebut.
Cara yang paling mudah ialah sapuan pada wajah. Sebelum tidur, pastikan muka dicuci dahulu. Semasa muka dan tapak tangan basah, titikkan Aura Seri setitik di tapak tangan. Gosokkan tapak tangan dan sapukan pada wajah.
Setiap kali penggunaan Aura Seri haruslah disertakan dengan niat yang positf. *Penggunaan yang berterusan amatlah digalakkan.
Keajaiban aura seri bertindak merangsang, membersih serta menjernihkan aura yang bermasalah lalu menaikkan seri di wajah anda. Selain itu ia juga meningkatkan proses awet muda, membangkitkan karisma, tampil lebih berkeyakinan, bertuah diri, mudah didampingi, lebih disayangi, penampilan lebih positif, tenang, sabar dan ceria sepanjang hari.
TESTIMONIAL DAN MAKLUM BALAS PENGGUNA AURA SERI
Kami telah mendapat pelbagai maklum balas yang positif dari pelanggan kami yang telah menggunakan produk kami ini. Kami juga mendapati ramai daripada pelanggan kami juga berminat untuk memasarkan produk ini untuk kebaikan bersama. Sila ikuti bahagian ini untuk membaca beberapa testimonial daripada pengguna Aura Seri.
Saya kelihatan segar dan tampak yakin setiap kali memulakan pekerjaan. Sebagai seorang pelakon saya harus sentiasa berasa yakin dan cergas walau di mana sahaja saya berada terutama sekali di lokasi pengambaran. Saya telah lama mengamalkan penggunaan produk Aura Seri. Produk ini dapat membantu saya tampak lebih yakin dan selesa sepanjang masa. Dengan menggunakan Aura Genius pula membantu kekuatan daya imaginasi positis saya serta daya ingatan saya. Saya kagum menggunakannya kerana banyak manfaat yang telah saya perolehi dengan menggunakan Aura Seri dan Aura Genius.
Adi Putera
Pelakon
Masalah kurang keyakinan diri dan gemuruh yang saya hadapi selama ini dapat diatasi dengan menggunakan produk Aura Genius. Sebagai seorang pelajar tekanan ketika belajar sering mengganggu menumpuan di dalam pelajaran. Tetapi setelah saya menggunakan Aura Genius kini masalah saya sudah dapat diatasi. Setelah menggunakannya perasaan gemuruh dan kurang keyakinan diri sudah tiada lagi. Aura Genius telah banyak membantu dalam menguatkan daya ingatan dan tumpuan saya. Ianya juga membuatkan saya menjadi individu yang mempunyai minda yang positif dan cergas.
Farhana Nadya Munir
Pelajar
Sebagai seorang pelakon yang aktif sudah pasti saya menghadapi masalah tidak cukup tidur. Tidak cukup tidur membuatkan kita tidak aktif dan tidak bermaya melakukan kerja seharian. Namun saya telah mengamalkan pemakaian Aura Seri. Dengan menggunakannya saya kini menjadi seorang yang lebih positif, sentiasa senyum, lebih aktif., lebih kreatif dan lebih bersemangat walaupun dengan keadaan saya yang tidak cukup tidur. Sebagai seorang pelakon seharusnya kita tidak dapat mengelak dari keadaan seperti itu. Tetapi dengan adanya Aura Seri kini masalah dapat diatasi.
Nadia Mustafa
Pelakon
Selama ini saya mengidap penyakit asma dan resdung. Saya sering mengalami kesukaran untuk bernafas. Setiap pagi saya akan mengalami bersin yang kerap. Saya hanya bergantung dengan ubat-ubatan hospital untuk mengurang dan menahan sakit saya ini. Pada suatu hari saya diperkenalkan dengan Aura Seri melalui seorang kawan. Menurut beliau, Aura Seri dapat membantu mengurangkan asma dan resdung. Sebelum tidur saya akan mengamalkan sapuan Aura Seri ke wajah sambil disertai niat yang positif. Selama 3 bulan saya mengamalkannya, saya tidak bergantung kepada ubat-ubatan dari hospital lagi. Saya berpuas hati menggunakan produk ini dan saya terus jadi pengedar di samping dapat menambahkan pendapatan. Saya juga dapat membantu rakan-rakan yang ada masalah yang sama dengan saya. Terima kasih Dr Ibrahim dan Pn Ira kerana dapat menghasilkan produk yang hebat.
Nor Azizah Bt Hassan
Seremban, Negeri Sembilan
Saya mempunyai masalah panas baran. Berbagai cara telah saya lakukan untuk mengurangkan masalah saya tetapi tetap tidak berhasil. Suatu hari saya melayari internet dan saya telah temui jawapan kepada masalah saya. Aura Seri... Setelah mencuba, tahap ketenangan dan kesabaran saya dapat dipertingkatkan. Saya kurang marah dan hubungan suami isteri semakin mesra. Saya juga mengalami masalah sukar tidur. Setelah menggunakan Aura Seri, tahap tidur saya bertambah baik dan bangun pagi pun segar walaupun saya tidur lewat malam. Sebelum ini hubungan saya dengan ketua pejabat tidak begitu baik. Selalu sahaja dimarahi di hadapan orang ramai, menyebabkan saya kurang berkeyakinan dan malas untuk bekerja. Tetapi setelah menggunakan Aura Seri, ketua saya telah menegur baik kepada saya. Aura Seri telah banyak membantu saya dan disebabkan itu juga saya telah menjadi pengedar dan ingin membanti insan lain. Selain membantu insan lain, saya juga dapat menambah pendapatan. Alhamdulillah saya dapat menambah pelaburan dengan membeli sebuah rumah lagi.
Faridah Hanom Bt Hassan
Cheras, Kuala Lumpur
Saya berumur 23 tahun. Setelah saya menggunakan Aura Seri selama sebulan banyak perubahan yang berlaku pada diri saya. Sakit migrain saya semakin hilang malah selain dari suami, ramai juga yang menegur dengan perubahan wajah saya yang nampak lebih berseri dan ceria. Saya juga bekerja insurans yang memerlukan saya banyak berjumpa dengan ramai orang. Selepas saya menggunakan Aura Seri saya menjadi lebih yakin dan bersemangat berjumpa dengan orang ramai.
Puan Esmahwati bt Mohd Shah
Segamat, Johor
Alhamdulillah bertemu dengan produk istimewa ini memudahkan tugasan saya sebagai ibu dan juga pelajar. Nur Fataniah berusia 6 tahun dan Erman Hakiem berusia 3 tahun merupakan permata hati kami suami isteri. Alhamdulillah kesan penggunaan aura genius Fataniah kini merupakan di kalangan pelajar pintar dan terbaik di Nuh’s Ark Islamic Montessori School. Ilmu mind power yang dipelajari bersama Prof turut kami applikasikan pada anak-anak…doa Fataniah setiap kali memakai aura genius "I want to be the best student of Nuh’s Ark this year", alhamdulillah perkhabaran yang kami terima seakan tidak percaya…syukur impian sikecil ini dimakbulkan Allah. Manakala Erman Hakiem pula dengan keletahnya tersendiri…sikapnya periang, peramah pasti menawan setiap mata yang berkunjung ke teratak kami.
"Aura seri dan aura genius…mewarnai hari-hari indah kami seisi sekeluarga"...
Pn Aniz Hj Anwar (Ibu)
Shah Alam
Saya mengenali produk Aura Seri setelah mengikuti seminar pengenalan produk oleh Prof. Dr. Ibrahim dan Puan Ira yang diadakan di Kota Kinabalu. Setelah mendengar kebaikan dan keberkesanannya saya terus membeli 1 set untuk mencuba. Saya rasa tidak rugi saya melabur sejumlah wang setelah melihat hasil pemulihan serta kesegaran aroma yang memberi ketenangan emosi, keyakinan, membangkitkan semangat dan yang paling penting ialah produk ini berjaya membongkar semangat halus yang menghuni kediaman saya setelah sekian lama sering mengganggu ketenteraman keluarga saya. Terima kasih kepada Prof. Dr. Ibrahim dan Puan Ira kerana menghasilkan produk yang mampu menyelesaikan masalah fizikal, emosi, dan dalaman yang tak terdapat dari kosmetik yang lain di pasaran. Anak saya turut menggunakan menggunakan Aura Genius. Turut dilihat kesannya apabila anak saya akan menduduki SPM 2006 telah meningkat keputusannya dalam peperiksaan gerak gempur yang diadakan baru-baru ini. Matapelajaran yang lemah sebelum ini telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan.
Che Jarah @ Siti Jarah bt Asmat
Kota Kinabalu
Saya seorang ibu tunggal yang berusia 31 tahun. Saya bekerja sebagai kerani sahaja. Banyak tekanan luaran dan dalaman yang saya hadapi. Setelah diperkenalkan dengan Aura Seri, saya memakainya dengan cara yang telah diajar dan disertakan dengan niat yang positif, saya menjadi lebih bersemangat. Segala tekanan, rasa letih dan lemah yang saya hadapi semakin berkurangan. Diri saya juga lebih disayangai dan dihormati oleh kawan-kawan serta keluarga. Tahap kesabaran saya juga semakin tinggi berbanding sebelumnya. Malah ramai juga yang menegur wajah saya nampak semakin berseri dan muda.
Puan Faizah bt Mat Jaffar
Segamat, Johor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment