Assalamualaikum n salam sejahtera..Alhamdulillah,welcome to my new blog (2nd blog..)khas utk herba wanita / pria, supplement, produk kecantikan dan kesihatan.
My Blog List
SALAM TO ALL
PLS BE INFORMED, UTK HARGA PAT RESELLER KB AND TUTONG.. HARGA BAGI ITEMS @ SEHATANGGUN FAIZEEN AKAN DITAMBAH $2 (UTK MENANGGUNG KOS PENGAMBILAN STOCK DI TEMPAT DEALER)
IMPORTANT INFO IMPORTANT INFO
Salam to all ... starting 11 Jan 2010, emails, sms and calls will be entertained and replied after 5pm. Bagi semua pengunjung blog ini, pls baca details bg setiap items yg di upload. Thanks atas sokongan biskita semua & kerjasama dari semua pihak amatlah dhargai.
biodatas available..
Saturday, January 2, 2010
EVOLUSI TERBARU WELLNESS....
Harga Pasaran Seunit (1 kotak 30 paket)
Semenanjung : RM 138.00
Sabah/Sarawak : RM 148.00
BRUNEI: $70.00
RXLite boleh digunakan sebagai sebahagian daripada diet seimbang harian anda. RXLite akan membantu menambah tenaga, mengurangkan rasa lapar, menambah protein dan kalsium dalam tubuh badan.
RMLite mengandungi L-Carnitine yang membantu menghilangkan lemak dengan meningkatkan kekuatan otot, tenaga dan kecekapan pembakaran lemak.
RXLite berkhasiat dalam:-
* Membantu membakar lemak
* Diperkaya dengan vitamin dan mineral
* Rasa koko yang lazat
* Mengandungi anti-oksida
RxLite merupakan inovasi terbaru formulasi doktor perubatan & 'Cancer Survivor' yang tersohor di Malaysia iaitu Dato Dr. Noordin Darus. Beliau yang merupakan seorang pakar diet & pemakanan yang terunggul suatu ketika dahulu merupakan seorang pelatih kepada atlit-atlit tanah air dan merupakan bekas Pengarah Perubatan Majlis Sukan Negara. Program pelangsingan beliau iaitu 'Slim For Life' merupakan suatu program yang terkenal dan diikuti oleh pelbagai institusi kerajaan, firma-firma dan badan-badan tertentu. Beliau sering muncul di kaca TV dalam program 'Mari Bersenam' di TV1 setiap pagi jam 8am sekitar tahun 80an dahulu. Kini, dengan kepakaran yang ada, beliau telah mencipta formulasi Rx-Lite untuk setiap orang yang bercita-cita untuk mendapatkan berat badan & bentuk tubuh yang ideal dengan cara yang menyihatkan. Ia mengandungi bahan-bahan aktif semulajadi yang membantu anda membakar lemak dan menghilangkan berat badan berlebihan.
Soalan-soalan lazim:
1. Bagaimana rasanya?
Tidak seperti minuman pelangsingan yang lain, RxLite mempunyai rasa koko semulajadi dan tanpa pengawet. Kalau hendak dibuat perbandingan, rasa dan teksturnya tidak ubah seperti Milo kurang manis.
2. Bagaimana cara penyediaannya?
RxLite datang dalam bentuk sachet pracampur, jadi anda hanya perlu bancuh ke dalam 150 ml (cawan kecil) air panas atau sejuk (jika sejuk, gunakan RxLite Shaker yang datang percuma dengan setiap pembelian Pakej Copycat RxLite).RxLite juga boleh dibancuh bersama susu, soya malah boleh dibuat "shake" buah-buahan seperti pisang untuk rasa yang lebih mengenyangkan.
3. Bagaimana ia berfungsi?
RxLite mengandungi bahan-bahan utama iaitu Carcinoga Cambogia, L-Carnitine - dua bahan yang telah terbukti secara saintifik membantu membakar lemak. Selain itu, ia diproses dengan medium Rx-Water yang menjadikannya berAura. Ia diadun dengan Koko asli (Flavoids) yang bersifat anti kanser melebihi teh. Dengan mengambil Rx-Lite sebelum sarapan & makan tengah hari, ia akan memberikan anda tenaga extra serta rasa kenyang yang asli. 2 bahan utama tadi akan mula bertindak membakar lemak berlebihan dari badan anda dan anda akan rasa badan lebih ringan tanpa ada kesan sampingan yang merbahaya. Sebaliknya anda rasa bertenaga dan sihat. Namun pun begitu, Dr. Noordin menyarankan agar kita mengurangkan 'portion' pengambilan karbohidrat seperti nasi semasa mengamalkan Rx-Lite. Sebaliknya, menambahkan 'portion' lauk-pauk kita termasuk sayur & buah-buahan. Anda akan dapat rasakan perbezaannya serta berpeluang mendapat berat badan yang ideal.
4. Berapakah sukatan yang diperlukan?
Bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan, adalah dinasihatkan anda mengambil minima 2x sehari dan maksima 3x sehari. Gantikan sarapan, makan tengah hari dan minum petang anda dengan RxLite. Jika tidak tahan lapar, minum sebotol air bersih dan menyihatkan seperti RxWater atau ambil buah-buahan.
5. Siapa yang tidak boleh mengambil RxLite?
RxLite tidak sesuai bagi:
1. Kanak-kanak di bawah 12 tahun,
2. Ibu mengandung,
3. Mereka yang mempunyai sejarah sawan
4. Mereka yang mempunyai masalah jantung yang kronik
5. Ibu yang menyusu tidak digalakkan mengambil RxLite walaupun kandungan L-Carnitine tidak banyak sehingga memudaratkan. Ini kerana setiap individu mempunyai tahap penapisan yang berbeza-beza. Bagi kebanyakan ibu menyusu, kandungan kimia tidak akan sampai ke susunya, tetapi terdapat kes-kes di mana badan ibu gagal menapis dan mudah menyerap ke dalam susu.
TESTIMONIAL :
Harga Pasaran Seunit
(1 botol x 120 tablet kunyah)
Semenanjung : RM 58.00
Sabah/Sarawak : RM 66.00
Brunei : $32.00
Rx-Colostra® sangat disyorkan bagi kanak-kanak, pelajar, orang dewasa dan ibu mengandung bagi membantu masalah pembelajaran, pemikiran yang tidak fokus, ingatan yang lemah dan tabiat yang sukar dikawal. Ia mempunyai pelbagai faedah yang tiada bandingannya dengan produk yang lain:
Ciri-ciri
* Kolostrum mengandungi kombinasi komponen bioaktif iaitu faktor pertumbuhan (Growth Factor) dan imun semula jadi iaitu Immunoglobulin (IgG) yang kuat.
* Mengandungi Ekstrak DHA (Omega 3) dan Microalga yang merupakan sumber DHA yang paling baik.
* Mengandungi Ekstrak Bilberi yang kaya dengan tannin, Vitamin A dan C (iaitu antioksidan).
Kebaikan
* Memperkuatkan sistem imun tubuh dan mencegah jangkitan virus.
* Menggalakkan perkembangan jantung, otak dan sistem saraf pusat bayi yang sempurna.
* Membantu mencegah radang dalam mulut, sakit kerongkong, batuk dan cirit-birit.
* Membantu peredaran darah dalam mata dan mencegah keletihan mata supaya penglihatan lebih tajam.
* Membantu mencegah degenerasi otot dan katarak dengan mencegah serangan radikal bebas ke atas sel-sel.
* Membantu meningkatkan sel ingatan, prestasi intelek dan kecerdasan otak dan mengawal tabiat yang hiperaktif dengan menstabilkan dan menenteramkan fikiran.
* Membantu penghadaman.
* Menggalakkan pembentukan tisu penyambung yang sihat dan sel yang rosak dengan memperkuatkan kolagen.
Disyorkan untuk
Orang dewasa, orang tua, wanita mengandung, kanak-kanak dan pelajar bagi mengatasi masalah pembelajaran, pemikiran yang tidak fokus, ingatan yang lemah dan tabiat yang sukar dikawal.
Dos yang disyorkan
4 hingga 8 biji pil dikunyah sehari.
TESTIMONIAL
Nor Zafirah Binti Ishak (20 tahun)
Saya Nor Zafirah Binti Ishak dan berumur 20 tahun. Saya mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di Universiti Industri Selangor. Saya telah mengambil Rx-Colostra semenjak saya di tingkatan 5. Semenjak saya mengambil RX-Colostra saya berasa lebih cergas dan daya ingatan saya lebih kuat berbanding dahulu. Saya juga lebih berkeyakinan. Alhamdulillah dengan bantuan Rx-Colostra keputusan saya di dalam peperiksaan juga semakin baik.
Cik Nurul Ima Che Mani (22 tahun)
Saya berumur 22 tahun dan mempunyai masalah lemah sistem imun tubuh badan. Sudah lama saya berusaha mengatasi masalah sistem imun tubuh yang lemah ini. Memang susah, kalau setiap bulan diserang demam, batuk atau pun selesama. Pelbagai makanan tambahan dan vitamin yang saya ambil, namun tiada kesan. Sejak beberapa bulan saya mengambil Rx-Colostra badan saya jarang sekali diserang virus.
Setiap hari saya kerja berhadapan dengan komputer. Dan kerana itu mata saya cepat terasa penat, tapi sejak saya menggunakan Rx-Colostra mata saya tidak lebih lagi bah kan penglihatan saya lebih tajam! Dan saya juga lebih cekap bekerja di hadapan komputer. Saya juga mencadangkan Rx-Colostra kepada sesiapa yang mempunyai masalah lemah daya ingatan, terutamanya kepada pelajar. Rx-Colostra sungguh bagus untuk mempertingkatkan sel ingatan dan kecerdasan otak.
Harga Pasaran Seunit
(1 kotak = 20gm x 15 paket)
Semenanjung : RM 30.80
Sabah/Sarawak : RM 34.80
BRUNEI : $17.00
Kopi istimewa ini mengandungi Mahkota Dewa, Habbatus Sauda, Saffron,Ginseng, Koko dan menggunakan Kopi Arabika yang lebih lembut dan lebih beraroma. Kopi Arabica dianggap sebagai jenis kopi yang paling baik dan mengandungi pelbagai nutrisi semula jadi yang boleh memberangsangkan minda, menambahkan kreativiti dan boleh menyekat selera makan dan pelbagai kebaikan yang lain.
Ciri-Ciri
* Kopi Aura Pertama di dunia.
* Diproses dengan menggunakan Rx-Water®.
* Mengandungi adunan kopi Arabica dan koko
* Tidak mengandungi asetat (yang memberi bau harum kepada kopi yang boleh membawa kepada masalah buah pinggang).
* Diadun menggunakan herba-herba terbaik di dunia iaitu Mahkota Dewa, Habbatus Sauda, Saffron dan Ginseng.
Kebaikan
* Mengandungi anti-oksidan dan Polyphenol untuk pencegahan penyakit.
* Meningkatkan kepekaan,kecerdasan, daya tahan dan aktiviti mental.
* Meningkatkan kealkalian dan mengurangkan keasidan dalam tubuh.
* Membantu peredaran darah.
* Membantu kitaran menstruasi wanita.
* Minuman kesihatan sekeluarga yang enak dan berkhasiat.
Cara pengambilan yang disyorkan
Masukkan satu paket ke dalam cawan berisi air panas dan nikmatilah rasa kopi beraroma. Sesuai diminum oleh semua peringkat umur.
TESTIMONIAL :
Jamadi B Ponin (Sg Besar)
Sudah lebih kurang 15 tahun saya tidak mengambil minuman yang mengandungi kopi dan teh kerana apabila saya minum, pasti perut saya akan rasa sakit dan kepala saya rasa pening.
Saya telah menghadiri satu kempen produk WorldWellNess dan salah satu produknya adalah Rx-Coffee. Salah seorang staff WorldWellNess telah memberi saya secawan Rx-Coffee untuk dicuba. Pada mulanya, saya enggan mencuba kerana takut mendatangkan masalah kesihatan kepada saya. Namun begitu saya akhirnya mencuba juga Rx-Coffee tersebut kerana ianya diperbuat daripada kopi asli, bahan-bahan yang berkhasiat dan anti-kanser. Selepas setengah jam saya meminum Rx-Coffee tersebut, badan saya mula berpeluh dan saya rasa amat segar. saya tidak pula merasa sakit perut atau pening kepada sepertimana yang
berlaku pada saya pada kebiasaannya.
Keesokkan harinya, saya meminta isteri saya dapatkan produk ini kerana saya mula menyukainya. Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, kita memerlukannya. Kini Rx-Coffee menjadi minuman kami sekeluarga kerana ia
mampu membuat kami lebih sihat dan bertenaga. Alhamdulillah ianya memang baik untuk kesihatan.
Harga Pasaran Seunit
(1 botol x 60ml)
Semenanjung : RM 248.00
Sabah/Sarawak : RM 258.00
Brunei $129.00
Rx-Tra™ adalah penemuan yang paling mengkagumkan dalam perubatan kesejahteraan sel. Ia merangkumi sains molekul, tenaga kosmik dan ekstrak terbaik alam semula jadi yang diadun sebagai minuman kesihatan 100% asli untuk seisi keluarga.
Ciri-ciri
* Rx-Tra™ diproses dengan menggunakan Air bina semula Rx-WaterTM bersama dengan ramuan-ramuan terbaik alam semula jadi.
* Mengandungi Ekstrak Shilajit yang telah digunakan beribu-ribu tahun lalu sebagai ejen penyembuh dan dikenali dalam perubatan Ayurvedic sebagai "Penjajah gunung dan penghapus kelemahan".
* Mengandungi Asid Fulvik, iaitu elektrolit semula jadi yang paling kuat dan meneutralisasikan radikal bebas.
* Mengandungi pelbagai Mineral dan elemen surih yang diperlukan oleh badan.
* Mengandungi Ekstrak kulit anggur untuk meningkatkan aktiviti antioksidan.
* Mengandungi Vitamin C (Asid askorbik) iaitu nutrien larut air yang sangat penting dalam kehidupan.
* Mengandungi Asid sitrik sebagai antioksidan dan pengawet semula jadi serta menstabilkan ramuan, rasa dan warna.
Kebaikan
* Mengimbangkan tekanan darah tanpa mempengaruhi denyutan jantung.
* Mempercepatkan pemulihan semula oto-otot, tulang dan sarat.
* Menambahkan tenaga asas kebatinan dan kerohanian.
* Membantu mengimbangkan sel-sel dan kebolehan untuk meningkatkan penyerapan dan pengangkutan nutrien ke sel-sel yang memerlukan.
* Anti-oksidan yang agresif bagi memusnahkan radikal bebas dan kesan penyahtoksikan yang baik.
* Membantu melegakan masalah pencernaan, memperkuatkan sistem imun, mengatasi masalah stress, mempertingkatkan daya ingatan dan fungsi otak.
* Membantu sintesis kolagen dan anti-penuaan.
Cara Penggunaan
1) Goncangkan botol Rx-Tra™. sebelum digunakan.
2) Tambah 10 titik ke dalam 250 ml air, kacau dan minum. Ambil dua kali sehari.
Important notes for users
1) Untuk semua masalah kesihatan - mulakan mengambil Rx-Tra™. setelah meminum Rx-WaterTM sekurang-kurangnya 3 hari atau sehingga krisis pemulihan Rx-Water™. tamat.
2) Untuk penyakit kulit atau Gangren Diabetes - mandi dengan Rx-WaterTM atau berendam di dalam Rx-Water™. yang dicampurkan dengan Rx-TraTM.™.
3) Jika timbul sebarang masalah atau terjadi krisis pemulihan selepas menggunakan Rx-Tra™., kurangkan sukatan atau hentikan meminum Rx-Tra™. untuk sementara waktu
TESTIMONIAL
Saya berusia 44 tahun dan merupakan penghidap penyakit kanser otak, tulang, buah pinggang, jantung dan kencing manis (”diabetes insipidus”). Penyakit ini telah saya tanggung selama 14 tahun. Saya terpaksa mengambil 3 biji kapsul khas setiap hari. Pada mulanya, saya berasa amat kecewa namun saya sedar ini semua ketentuan Allah S.W.T.
Saya ada juga berusaha dengan menggunakan beberapa jenis produk tetapi semuanya tidak berhasil. Kemudian, saya diperkenalkan dengan produk mandian berasaskan terapi aura dan Rx-Tra. Jika sebelum ini saya perlu dimasukkan darah sebanyak 3 botol sehari, dengan mengambil Rx-Tra, keadaan saya kembali normal seperti biasa. Badan saya tidak lagi lemah dan terasa sejuk malah, pembuangan air besar juga menjadi semakin lawas.
Namun, pada suatu hari saya terpaksa dikejarkan ke hospital kerana badan saya mulai lemah akibat kehabisan Rx-Tra. Saya dimasukkan ke wad radioterapi dan onkologi Hospital Besar Kuala Lumpur. Saya terpaksa menerima rawatan chemotherapy. Selepas rawatan itu, saya mengalami kesukaran untuk tidur malam, masalah perut buncit dan kaki membengkak sehinggakan anggota badan saya tidak boleh disentuh.
Sekali lagi saya ke hospital dan kali ini tiub dimasukkan ke dalam kemaluan saya dan sebanyak 4 beg dipenuhi dengan air kencing. Saya terfikir bahawa inilah akibatnya saya berhenti mengamalkan Rx-tra. Setelah saya mendapatkan semula stok Rx-Tra dan meminumnya, saya sudah boleh tidur dengan lena. Jika tidak, saya disyaki hampir menerima serangan strok kerana tangan kiri saya sudah lemah. Namun syukurlah, anggota badan saya kembali normal dan saya bersyukur kehadrat Ilahi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment