Assalamualaikum n salam sejahtera..Alhamdulillah,welcome to my new blog (2nd blog..)khas utk herba wanita / pria, supplement, produk kecantikan dan kesihatan.
My Blog List
SALAM TO ALL
PLS BE INFORMED, UTK HARGA PAT RESELLER KB AND TUTONG.. HARGA BAGI ITEMS @ SEHATANGGUN FAIZEEN AKAN DITAMBAH $2 (UTK MENANGGUNG KOS PENGAMBILAN STOCK DI TEMPAT DEALER)
IMPORTANT INFO IMPORTANT INFO
Salam to all ... starting 11 Jan 2010, emails, sms and calls will be entertained and replied after 5pm. Bagi semua pengunjung blog ini, pls baca details bg setiap items yg di upload. Thanks atas sokongan biskita semua & kerjasama dari semua pihak amatlah dhargai.
biodatas available..
Monday, December 8, 2008
WARISAN SURI 4 BIJI $15.00
Pil WARISAN SURI adalah herba yang diadun khas untuk membantu wanita baik para ibu atau anak-anak gadis yang mengalami masalah sakitpuan yang berleluasa iaitu KEPUTIHAN. Pil WARISAN SURI adalah hasil adunan dan rumusan khazanah alam flora dan herba yang berkhasiat dan bermutu tinggi TANPA sebarang campuran bahan sintetik. Oleh itu, pil WARISAN SURI adalah suci, selamat digunakan dan insyaAllah mujarab.
Secara normal dari segi biologi, rahim wanita akan mengeluarkan lendir jernih dan putih dalam kuantiti yang berubah-ubah di sepanjang bulan mengikut pengaruh hormon jantinanya (estrogen dan progesterone). Pengeluaran lendir ini juga boleh berubah mengikut emosi dan rangsangan. Keadaan normal ini boleh berubah menjadi tanda penyakit keputihan lebih serius apabila lendir yang dihasilkan adalah banyak dari kebiasaan, berubah warna dan bau, mewujudkan keadaan tidak selesa, mengganggu pergerakan dan mula menunjukkan gangguan kesihatan fizikal yang lain.
Dari segi sejarah, pil WARISAN SURI merupakan ramuan tradisional yang telah digunakan hampir tiga ratus (300) tahun yang lampau. Ramuan pil WARISAN SURI ini sekarang diwarisi (Pewaris Ke-6) oleh Hajjah Siti Rokiah Binti Endut 68, dilahirkan di Segamat, Johor pada tahun 1936. Beliau yang mempunyai 10 orang cahaya mata dan pernah menyandang gelaran Ibu Mithali iaitu “Mother of The year 1992” untuk negeri Johor menyatakan bahawa pil WARISAN SURI bukanlah satu penemuan baru tetapi merupakan Khazanah turun-temurun warisan silam melebihi satu abad yang lampau dirumus khas untuk kesempurnaan wanita dan kesejahteraan rumahtangga masa kini.
Di antara tanda KEPUTIHAN adalah:-
Ø Lendir yang banyak, berwarna kuning dan berbau busuk dikeluarkan dan rasa gatal di bibir faraj;
Ø Senggugut kuat, pucat dan loya, kurang selera makan;
Ø Sakit pinggang, belakang dan haid tidak teratur;
Ø Tidak selesa untuk bergaul,
Ø Alahan, gemuruh, cemas dan sawan – peringkat serius.
Pil WARISAN SURI adalah sesuai untuk SEMUA WANITA tanpa mengira bangsa dan agama.
Selain kesan khusus ke atas masalah keputihan, jika diambil sebagai minuman jamu, pil WARISAN SURI berkesan menambah tenaga, menghilangkan letih lesu dan menambah keinginan seks wanita
Kelebihan menggunakan Warisan Suri:-
Jika Warisan Suri dijadikan amalan, insya`allah pengguna akan dapat merasakan kelebihannya.
Diantaranya adalah:-
a. Alat kelamin wanita tidak akan berbau hanyir. Keputihan akan dikumpulkan oleh ramuan pil WARISAN SURI.
b. Saluran faraj akan sentiasa ketat dan padat. Zakar seolah-olah digenggam dan dikemut dengan kuat. Pada saat mula-mula memasuki pintu lubang faraj, zakar suami akan terasa ada sesuatu benda menghalangnya. Ini adalah kerana dinding rahim telah rapat dan subur. Otot-otot dinding rahim yang menjadi sempit selepas menggunakan Warisan Suri ini seolah-olah terbina selaput dara yang baru! Suami akan sentiasa menikmati isteri sama seperti di saat malam pertama, malah jauh lebih nikmat kerana kedua-duanya telah mempunyai pengalaman yang dahsyat!.
Antara sejarah penggunaan Warisan Suri:-
1. Pengguna pertama pil Warisan Suri adunan pewaris ke 6 sendiri adalah Hajjah Ummi Kalthum pada tahun 1972. Pn. Hajjah Ummi Kalthum mengalami masalah lendir yang banyak serta gatal-gatal pada bibir faraj. Beliau telah mendapat temujanji dengan doktor untuk melakukan ujian "pap smear" iaitu menguji spesimen penyakit beliau dan sepatutnya juga akan menjalani ujian "biopsy" untuk rawatan lebih rapi. Alhamdulillah, melalui percubaan menggunakan pil warisan suri ini telah dapat mengatasi masalah beliau.
2. Ramai bidan dan tukang urut menggunakan sendiri pil ini. Majoriti bidan dapati pil ini dapat menyedut dan mengeluarkan kotoran dan darah kotor dalam faraj ibu lepas pantang. Mereka menggunakan pil ini sehingga sekarang dan menggalakkan pelanggan-pelanggan mengamalkan pil ini bukan sahaja untuk mencegah keputihan, malah menambah kenikmatan hubungan intim suami isteri.
3. Seorang peniaga bernama Puan Yam dari Johor telah disahkan oleh doktor menghidapi Kanser Rahim pada tahun 2002. Beliau telah dinasihatkan oleh pewaris ke 6 yang juga jirannya supaya menggunakan pil ini secara berterusan. Dengan izin Allah swt, setelah beberapa minggu pil warisan suri ini digunakan, beliau berjaya pulih dan tidak perlu menjalani sebarang pembedahan. Alhamdulilah.
Menurut Puan Hajjah Siti Rokiah, pil Warisan Suri ini pada mulanya dibekalkan hanya kepada bidan-bidan kampung yang telah biasa dengannya. Mereka semua memperakui kemujaraban serta keberkesanan pil ini. Bidan-bidan berkenaan menjadikan pil ini sesuatu yang wajib digunakan oleh sesiapa yang menemuinya untuk rawatan susulan seperti rawatan selepas bersalin, membetulkan peranakan, pemulihan dara dan sebagainya. Sejak tahun 1972 dahulu, Puan Hajjah Siti Rokiah sendiri telah mengusahakan pil ini dan membekalkan kepada pelanggan-pelangannya. Beliau sendiri telah menggunakan pil ini melebihi 50 tahun iaitu semenjak berusia 19 tahun (1955). Beliau mewarisi rahsia adunan pil ini daripada seorang bidan iaitu pewaris ke 5 yang mana ketika itu bidan tersebut berusia 73 tahun.
Cara penggunaan:
Boleh dengan cara memakai melalui saluran vagina atau kaedah rendam dan minum
1. Kaedah pemakaian melalui saluran vagina
Gunakan jari tangan yang bersih, dalam keadaan duduk mencangkung, masukkan sebiji pil lebihkurang 1 inci ke dalam saluran vagina. Biarkan selama 3 hari. Selepas 3 hari buang pil tersebut, serpihannya dan semua keputihan dan kotoran yang terkumpul menggunakan jari.
Biarkan saluran vagina tanpa pil selama 3 hari, pada hari ke 7 ulang semula pemakaian pil seperti telah diterangkan.
Habiskan pemakaian 4 biji untuk sebulan ( semasa lebihkurang 24 hari suci, masa haid jangan pakai)
Kaedah pemakaian melalui saluran vagina hanya boleh diamalkan oleh wanita yang pernah berkahwin sahaja, DILARANG kepada anak gadis
2. Kaedah rendam dan minum
Ambil sebiji pil warisan suri, rendam dalam sedikit air panas hingga lembut, hancurkan dan tambah air suam atau jus jika perlu , minum campuran ini seperti meminum jamu.
Aturan : Ambil sebiji pil selang 2 hari ( diperlukan 8 biji untuk sebulan )
Kaedah minum ini sesuai untuk wanita sudah pernah berkahwin dan juga anak gadis
Wanita yang berkahwin boleh guna kedua-dua cara serentak, pakai dan minum bergantung kepada tahap serius masalah keputihan dialami. Jika wanita berkahwin rasa kurang selesa dengan kaedah pakai boleh gunakan kaedah minum sahaja, mula-mula biarlah lebih kerap, contoh 1 biji selang sehari, lepas agak lama diamalkan boleh lah dikurangkan dos ini.
PANTANG LARANG
-TIDAK BOLEH digunakan oleh wanita hamil, dalam nifas, semasa haid
-TIDAK BOLEH dipakai semasa bersama dengan suami ( jika pakai masa tu keluarkan dahulu)
Penggunaan semasa pantang bersalin:
Semasa pantang tidak boleh dipakai , hanya boleh diminum sebagai jamu. Boleh mulakan selepas seminggu bersalin, sebiji selang sehari.
Ibu-ibu yang menyusukan bayi boleh mencuba kaedah minum jika tidak mengurangkan susu ibu.
Selepas pantang, boleh dicuba kaedah pakai pula untuk lebih mengecutkan dan menguatkan otot vagina
Untuk rawatan gatal dan bau
-Ambil sebiji pil warisan suri, rendamkan dengan 4 sudu besar air masak, setelah lembut hancurkan pil tersebut,
-basuh dan lap kering permukaan luar vagina
-dengan gunakan tangan yang bersih lumurkan cairan warisan suri tadi sekitar permukaan luar vagina
-lebihan cairan mestilah disimpan dalam peti ais, boleh digunakan lagi selagi tidak basi
-lumurkan sekerap mungkin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment